SEBUAH KOTAK
Aku diam merenung kotak-kotak
yang ada dihadapanku. Ku renung satu persatu. Pening juga kepala melihat
kotak-kotak yang duduk berhimpun minta dibuka dan dikemas isi kandungannya. Aku
terduduk, mata ku larikan ke arah pintu rumah. Disitu masih terdapat beberapa
kotak. Arh ! bilakah akan berakhir proses mengemas rumah ni ? Persoalan yang aku
sendiri tiada jawapan. Perlahan keluhan yang aku lepaskan. Kemudian mataku
tertancap ke sebuah kotak yang membuatkan aku bangun dari tempat duduk ku. Perlahan
ku atur langkahku menuju ke kotak itu . “ SEKOLAH “ . Itu yang tertulis pada
permukaan atas kotak itu. Aku duduk bersila. Kotak itu aku letakkan di depanku. Lama
ku renung kotak itu. Aku tersenyum.
Perlahan tanganku membelek isi
kandungan kotak tersebut. Majalah sekolah disusun dibahagian bawah kotak telah
menarik perhatianku. Ku tarik satu yang paling atas, tahun 2012. Buku yang
sedikit berabuk itu membuatkan aku terbatuk kecil sewaktu mengelapnya dengan
lengan bajuku namun tidak membuatkan aku mahu menyimpannya kembali. Aku selak
helaian yang pertama. ‘FAM93’. Itulah akronim nama yang sering aku gunakan
sewaktu dibangku sekolah yang mewakili namaku Fatin Amalina Mohammad dan 93 itu
merupakan tahun kelahiranku. Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak menggunakan
akronim nama tersebut. Aku menyelak helaian terakhir yang terdapat pada majalah
tersebut. Aku tersenyum sambil mataku digenang air mata. Rindu! Ya ! itu yang
kurasakan saat melihat tandatangan rakan-rakanku. Macam-macam pesanan yang
ditulis oleh mereka. Aku tersenyum membacanya. Satu persatu aku baca hinggalah
ke kotak yang dilakarkan disatu sudut.
“ kawan sampai tua taw! – rai,
alip, paan, amir, syida,aidil,mai”
Aku diam. Hingga timbul persoalan
di minda. “Bagaimana keadaan mereka sekarang ? Dah kahwinkah belum ? Mesti masing-masing dah ada kerjaya sendiri
kan ? “.
Aku senyum dengan persoalan
sendiri, aku terus menyelak majalah tersebut hingga terbawa ke kenangan lalu. Kenangan
sewaktu persekolah tingkatan enam bermula. Pada tahun 2011...
“ Atin !!!! “. Syida berlari-lari
anak mendapatkan ku yang berdiri kaku disebelah ayahku. Muka masam tanda protes
yang aku berikan pada ayahku sejak setengah jam yang lalu kini diganti dengan
senyuman. Aku melompat perlahan.
“ Lambatnye kau sampai ? Pikir banyak kali ke nak masuk form 6 ? “. Aku beriringan dengan Syida memasuki dewan
untuk mendaftar. Aku meninggalkan ayahku dengan keluarga syida. Biarlah orang-orang
tua berbicara bisikku.
“ Ha’ah. Bencinya aku nak masuk
f6 nih. Tapi ape nak buatkan? Rezeki nak buat diploma tak ade. So kene lah
ngadap sekolah ni lagi.” Syida tersengeh. Begitu juga aku. Perbualan dihentikan
kerana syida sudah duduk di meja pendaftaran untuk mendaftar. Aku mengamil
tempat dibelakangnya. Menunggu giliran. Sambil-sambil itu aku lihat keliling
dewan. Tak ramai pelajar melayu, kebanyakannya india dan cina. Mungkin kerana
quota kemasukan mereka ke IPTA adalah terhad membuatkan mereka membuat pilihan
untuk masuk ke tingkatan enam. Lamunan aku terhenti bila Syida bangun dari
kerusinya untuk beri peluang kepadaku untuk mendaftar. Aku pula mengambil
tempat. Setelah selesai sesi pendaftaran, aku meminta diri untuk berjumpa
dengan ayahku, Syida juga begitu. Setelah bersalaman, ayahku pulang ke rumah.
Rumah yang hanya bersebelahan dengan sekolah. Aku masuk kembali ke dalam dewan.
Sesi orientasi dimulakan.
Seminggu sudah berlalu, bermakna
minggu orientasi sudah berakhir. Aku dan Syida memilih untuk masuk ke kelas
sejarah. Mungkin kerana kami menganggap sejarah itu mudah. Bongkaknya pemikiran.
Kelas kami dipanggil enam bawah
4 yang mewakili kelas sejarah. Aku lihat keliling. Tak ada seorang lelaki pun
yang mengambil sejarah. Mungkin mereka berpegang pada kata-kata bahawa “Barang
yang lepas jangan dikenang”. Aku tersengeh. Proses pembelajaran bermula.
Setelah tiga minggu belajar,
kelas kami ada pertambahan pelajar. Tiga orang murid lelaki. Yang seorangnya
aku kenal. Manakan tidak, dialah satu-satunya jejaka dalam kelas engineering
sewaktu di tingkatan empat dan lima. Kini dia masih satu kelas denganku.
“ Hoi ! Lambat masuk ? “ Syida
menegur Aidil. Aidil masih lagi berjalan menuju ke arah kami. Sapaan syida
dibiar sepi hinggalah dia berdiri tegak di hadapan kami.
“ Aku habiskan contract kerja
aku. Barulah aku boleh masuk belajar. Eh! Korang duduk mane ?” Aidil menjengah
ke dalam. Ada senyuman.
“ Tu ! Sebelah aku ade kosong. Pergilah
duduk situ.” Aku dengan Syida masih lagi berdiri di koridor. Melihat orang lalu
lalang. Gayat barangkali. Aku pun tak tahu.
Loceng habis rehat berbunyi,
Aku, Syida dan Aidil berjalan beriringan masuk ke kelas. Mata kami tertancap
pada kelibat tubuh insan yang tak dikenali. Seorang berbadan gempal dan seorang
lagi berbadn kurus. Aidil mengatur langkah laju. Geng katanya.
Aidil berbisik mengatakan bahawa
mereka dari sekolah agama. Yang gempal bernama Alip dan yang kurus bernama
Farhan. Aku dan Syida hanya mengangguk dan perbualan itu mati disitu. Tidak ada
sesi perkenalan antara kami dengan pelajar baru itu.
Keesokan harinya, kawan lamaku Rai
masuk ke sekolah yang sama denganku. Tapi pada mulanya dia mengambil kelas
ekonomi. Tak minat sejarah katanya. Tapi berlainan kelas tak menjadi faktor
untuk tidak menjadi rakan. Kami rapat hinggalah kami dikejutkan dengan kem. Aku
sangat benci dengan kem. Aku dan syida mengeluh. Begitu juga Aidil.
Tapi ada hikmahnya pergi kem,
kami menjadi rapat. Dari tak kenal menjadi kenal. Hinggalah kami pulang dari
kem. Rai mengambil keputusan untuk masuk ke kelas kami. Tak boleh bawak ekonomi
katanya. Begitu juga dengan Syed. Kelas kami makin ceria, hinggalah tamat
tingkatan enam bawah.
Permulaan tahun baru, dengan
azam yang baru. Kami melangkah masuk ke sekolah sebagai murid yang paling
senior. Kami menjadi harapan para guru untuk STPM 2012. Tahun yang sangat sibuk
buat kami.
Macam biasa, rutin awal tahun. Mesyuarat
rumah sukan, kelab dan persatuan. Sudah semestinya jawatan pengerusi dibolot
oleh Alip. Perwatakannya disenangi semua. Jadi memang dia yang dilantik menjadi
pengerusi untuk semua badan yang dimasukinya. Ada juga jawatan untukku dan
sahabat yang lain. Hubungan kami kian erat. Ditambah pula dengan sahabat baru. Yang
dulunya ku gelar pelajar sombong. Rupanya dia pemalu. Kami panggil dia Amir. Tapi
ada masanya aku panggil dia Nathaniel. Entah kenapa. Mungkin kerana nama itu
unik. Entah.
Namun ada juga sahabat yang
berlalu pergi meninggalkan kami kerana mendapat tawaran di IPTA. Kami senyum.
Mungkin itu rezeki mereka.
Kami rapat dengan junior-junior
kami. Kami cukup aktif dengan persatuan kami. Ada sahaja idea kami untuk
menghias papan kenyataan bagi persatuan kami. Hasilnya ? Kamilah yang menang
hadiah-hadiah tersebut. Tak sia-sia kami menghabiskan masa hingga ke petang
untuk menghias papan-papan kenyataan tersebut. Kemudian, kami merancang untuk
bercuti bersama. Masih diawal tahun katanya. Masih ada masa untuk enjoy. Segala
perancangan dibuat dan akhirnya kami merancang untuk ke Port Dickson. Kami berbarbique
disana. Segalanya sangat meriah. Kami semakin rapat. Ukhuwah yang dibina
semakin tebal talinya.
Balik saja dari Port Dickson
kami menumpukan perhatian untuk menghias kelas. Kelas kami hias dengan tema
warna warni. Memang meriah. Ada yang lukis sotong. Ada yang lukis
rumput-rumput. Ada yang tampal-tampal kertas. Kelas kami sangat cantik. Pelajar
kelas lain cukup cemburu dengan keakraban kelas kami. Aku dalam diam mengakui. Aku
sayangkan kelas ni.
Kami tak sedar masa kian berlalu
pergi. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi kami akan menghadapi percubaan STPM.
Kami masih lagi main-main sedangkan guru-guru kami sudah berpeluh mengingatkan
kami tentang percubaan STPM tersebut. Harinya telah tiba. Baru kami sedar dari
mimpi panjang.
Percubaan selama sebulan itu
berakhir sudah. Guru-guru sibuk menanda kertas. Kelas terbiar kosong. Hinggalah
kami dihantar pergi ke kem karisma yang dianjurkan oleh Universiti Malaya.
Dengan tiba-tiba. Kami dapat tahu pada paginya, dan petang tersebut kami dah
berangkat pergi. Kem yang berlansung selama tiga hari itu membuka mata kami. Menyedarkan
kami tentang erti harapan, cita-cita dan masa hadapan. Masing-masing letak
harapan untuk berjaya. Kem itu umpama satu tamparan untuk sedarkan kami dari
lena.
Balik dari kem, kami cuba
menumpukan perhatian kepada STPM. Pelbagai bengkel yang kami pergi. Dan dalam
masa yang sama, sebagai senior sekolah. Pelbagai majis juga yang kami kena
uruskan. Kami memang terkejar-kejar. Masa makin cemburu. Pelbagai perkara perlu
diuruskan serentak. Kami mula pening kepala. Terdiam. STPM kian hampir.
Akhirnya, hari yang tak
dinantikan itu tiba. Bagai dalam mimpi aku duduk dikerusiku untuk mengambil
peperiksaan STPM. Aku lihat sepintas lalu. Sahabat yang lain tersenyum memberi
semangat. Akhirnya peperiksaan dimulakan.
Seminggu berlalu. Hinggalah kami
dikejutkan dengan satu insiden. Kelas kami dan dewan kami telah dianiaya orang
luar. Disemburnya dengan pemadam kebakaran. Kelas kami. Yer. Kelas yang kami
hias tu akhirnya kotor kerana kerja mereka. Tak dapat dinafikan. Kami semua
sedih. Kelas kami. Tak ada apa yang mampu dikatakan. Peperiksaan masih
diteruskan.
Hinggalah hari terakhir
peperiksaan. Kami semua duduk di bangku yang disediakan di luar dewan. Perasaan
lega dan sebak itu hadir bersama. Lega kerana STPM sudah berakhir dan sebak
kerana sekolah sudah berakhir. Kami berkumpul dan saling memberi kata-kata semangat
untuk saling berhubung sebelum pulang ke rumah masing-masing. Itulah hari
terakhir kami bergelar pelajar. Langkah diatur perlahan meninggalkan alam
persekolahan. Aku akan rindui semua ini.
Setelah berbulan menunggu,
akhirnya hari keputusan STPM sudah diumumkan. Kami sibuk berhubung untuk
berjanji pergi ke sekolah bersama. Esoknya, kami menunggu dalam dewan. Kami semua
diam. Berdebar masing-masing. Aku juga. Peluh sudah membasahi tangan.
Keputusan diumumkan, Alip dan Rai
diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Aku ? kurang berjaya dalam STPM. Semuanya
rasa gelap. Tapi Allah maha tahu. Aku diam. Tutup duka yang ada. Kami keluar
lepak bersama. Masa berlalu hingga kami melambai pergi untuk pulang. Memikir masa
hadapan kami sendiri......
Aku tersentak dari lamunan bila
tangan kecil itu menyentuh bahuku. Dia tersenyum.
“ ummi, lapar. “ aku menciumnya
perlahan. Anak kecil itu ku dukungnya menuju ke dapur. Air mata yang bertakung
itu ku lap dengan lengan bajuku. Satu persatu kenangan itu menjelma kembali. Aku menggeleng perlahan.
Aku menyediakan
bubur untuk anak kecil itu. Sesudah dimasak aku tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Sebelum aku
menyuapkan kepadanya. Anakku.
Loceng ditekan menandakan ada
orang datang. Ku dukung anakku, sambil membuka pintu. Aku tersenyum. Perlahan ku
salam tangannya sambil ku kucup perlahan. Dialah suamiku. Dia memeluk pinggangku
sambil berjalan menuju ke dapur.
“ Sahabat, walau terpisah kerana
kerjaya. Kerana takdir. Walau sudah bergelar isteri mahupun suami. Malah mungkin
ada yang sudah menjadi ibu dan bapa. Kenangan sewaktu di bangku sekolah cukup
mendamaikan. Kenangan antara kita sewaktu melangkah ke alam dewasa tak akan
mampu ku lupakan. Terima kasih sahabat. Untuk kenangan yang cukup mendamaikan
itu. Aku cuma mahu katakan yang AKU RINDU dengan kenangan itu semua... “
Hanya sebuah penulisan untuk mengisi masa lapang. Kenangan tu merupakan kenangan yang benar and yang pasal kawen tu hanya penambahan. sebab aku belom kawen. haha .