LAFAZ YANG TERSIMPAN
March , 19
Aku masih
ingat lagi saat dia mula melangkah masuk ke dalam kelas. Dia pelajar yang baru
pindah ke Kuala lumpur atas urusan kerja bapanya menyebabkan dia terpaksa
berpindah dari sekolah lamanya. Dia tersenyum manis berdiri disebelah Cikgu
Amran. Aku yang hanya diam di belakang kelas menjadi pemerhati setia. Dia.... Manis.
Itu yang mampu ku lafazkan.
Aku
lihat dia melangkah perlahan menghampiri meja kosong yang berada dihadapanku.
Natasha, gadis Sabah itu telah pindah ke Terengganu pada minggu lepas menyebabkan mejanya kosong tak diduduki. Perlahan
dia menarik kerusinya supaya tak membuat bunyi bising yang menganggu. Aku lihat
dia bersalaman dengan Fatihin, gadis yang duduk disebelahnya. Dia tersenyum
lagi tapi aku tidak mendengari butir bicara yang diutarakan. Aku hanya
mendengar suara petir milik Fatihin itu. Aku kalihkan pandanganku ke luar
tingkap. Sesekali aku beristighfar perlahan.
March, 21
Hujan
yang turun menyebabkan aku terpaksa berlari dari tempat parkir motor pelajar ke
kelas. Hujan renyai-renyai itu membasahi uniform sekolahku dan juga kasut
sekolahku akibat daripada memijak lopak-lopak air sewaktu berlari. Tiba sahaja
di dalam kelas, aku mengelap perlahan bajuku serta seluarku sambil
tertunduk-tunduk. Bila sahaja aku berdiri tegak mahu ke tempat dudukku, aku
lihat Dia ada disitu. Tunduk memandang bawah. Aku diam. Terkedu. Berdua di
dalam kelas ? Tidak manis begitu. Aku melangkah keluar. Sejuk. Tapi aku gagahi
juga daripada berdua dengannya. Pasti dia juga tidak selesa. Aku lihat jam di
pergelangan tanganku, menunjukkan pukul 7.05 pagi. Masih awal. Aku berpeluk
tubuh. Menunggu pelajar lain.
March, 23
Rutin
hari jumaat bagi pelajar Islam sekolah kami ialah membaca Yaasiin di dewan
sekolah sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Aku yang datang sedikit lambat
kerana menolong Cikgu Najiha menghantar barangnya ke kelas terpaksa berjalan
seorang diri ke dewan sekolah. Aku yang terpaksa melintasi pelajar perempuan
terdiam sewaktu melihat Dia yang duduk dimuka pintu tunduk menghadap buku
Yaasiin di tangannya. Mulutnya terkumat kamit mengikut bacaan yang diketuai
oleh Ustaz Rahman. Aku memegang dada. Debar itu kuat.
April, 20
Sekali
lagi aku terlihat Dia membaca Yaasiin dimuka pintu dewan. Aku mempercepatkan
langkahku. Apakah rencanaMU Ya Allah ? Memperlihatkan semua ini ? 19 tahun aku
menjaga hatiku. Kenapa sekarang Kau hadirkan getar ini ? Aku tunduk, Aku tak
boleh tewas dengan perasaan ini. Allah, mohon lindungi hati ini. Kau yang
hadirkan getar ini, dan Kau jugalah yang mampu melindungi rasa ini. Allah. Aku
meraup mukaku perlahan. Mula membuka buku Yaasiin yang diagihkan oleh
sahabatku. Aku memberi perhatian pada bacaanku. Aku tenggelam dalam penghayatan
bacaan.
May, 4
Loceng
habis rehat sudah dibunyikan, aku menyimpan buku jadual bertugasku ditempat
biasa. Tugasku sebagai ketua pelajar di sekolah menyebabkan aku lebih
menumpukan pada tugasku serta menjadi contoh kepada pelajar lain. Aku tidak
mahu digelar sebagai ketua yang tidak bertanggungjawab serta memberi contoh buruk
kepada pelajar lain. Aku melangkah perlahan menuju ke kelas. Sampai sahaja
dikelas, aku melihat Dia dikelilingi oleh pelajar perempuan lain. Ada yang
menyalamnya lalu berlaga-laga pipi. Kenapakah ? Aku hanya melintasinya untuk
duduk di mejaku yang berada dibelakangnya. Sewaktu aku mahu menarik kerusiku ,
aku mendengar mereka mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepadanya. “ohh.
Hari jadinya hari ni”. Aku masih memasang telinga.
“
Alya, kenapa awak tak makan kek tadi ? “. Fatihin bersuara. Satu kelas boleh
dengar. Aku tersenyum dalam diam.
“
Saya puasa hari ni. Maaf yer ? Nanti buka puasa saya makan “. Lembut suaranya. Hampir
tidak didengari. Sekali lagi aku terdiam menahan debar. Puasa ? Pada hari
jadinya ?
“
Puasa ? “. Fatihin mengerut dahi.
“
Ha’ah. Dah jadi kebiasaan setiap tahun. Sebagai tanda syukur diberi peluang
untuk naikkan satu lagi angka pada usia kita “. Dia tersenyum. Ya, gadis yang
bernama Alya itu sangat murah dengan senyuman. Hati ini kian bergetar hebat.
Allah, hebat didikan agama yang diberi oleh keluarganya. Siapalah aku untuk
memilikinya. Sedangkan ingin memujanya juga tidak layak. Aku mengusap perlahan
dadaku bagi mengurangkan getar.
“
Kau kenapa Adam ? Sakit dada ? “. Soalan Aidil membuatkan aku terkejut. Ketara sangatkah
perbuatanku ?
“
Sikit je “. Jawabku ringkas. Cuba berselindung. Dia menoleh ke belakang.
“
Saya ada minyak angin. Awak nak ? sekurang-kurangnya boleh legakan sikit sakit
awak tu”. Aku terkedu. Dia dengar ? Aku hanya mengangguk sambil mengukir
senyum. Dia meletakkan minyak cap kapak di hujung mejaku.
“
Jangan lupa selawat sebelum letak ubat tu. InsyaAllah. “ Dia tersenyum sebelum
membetulkan kedudukannya menghadap ke hadapan semula. Aku hanya mengangguk.
Aidil yang dari tadi hanya tersenyum melihat gelagatku. Muka ku rasa bahang.
“
Muka kau merah sangat ni “. Bisik Aidil perlahan. Aku diam. Terkedu. Sudah dikesankah
?
May, 17
Jam
sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi namun meja dihadapanku masih lagi kosong. Dia
sakitkah ?
“
Allah, andai kau hadirkan kesakitan buat dirinya. Mohon kau berikanlah dia
kesembuhan. Dan pinjamkan dia keredhaan dalam menghadapi kesakitan itu. Aamiin.
“
Tepat
jam 8.00 pagi Cikgu Amran masuk ke kelas untuk mengambil kehadiran. Dia tidak
datang buat pertama kalinya semenjak mula-mula dia pindah ke sini. Hari itu
kelam buat aku. Entah kenapa aku pun tak tahu.
May, 31
Sekolahku
mengadakan sambutan hari guru. Suasana cukup meriah. aku ditugaskan untuk
menjadi pengacara pada hari itu. Sempat juga aku lihat dia yang berlari-lari
anak menjalankan tugasnya. Aku tersenyum. Perasaan apakah ini ? Aku serahkan
pada Allah.
Jun, 24
Pulang
sahaja dari bermain bola dengan Aidil, aku terus mandi dan menunaikan solat
maghribku. Seusai sahaja solat, aku masih lagi terduduk di sejadahku. Aku diam.
Pelbagai soalan yang bermain saat ini. Perlahan aku menadah tangan. Berdoa.
“
Ya Allah, andai dialah tulang rusuk kiriku Ya Allah. Lindungilah dia.
Permudahkanlah urusannya. Permudahkanlah kami. Satukahlah kami. Dan, jika bukan
dia tulang rusuk kiriku yang menjadi rahsiaMu itu Ya Allah. Mohon damaikan hati
ini. Mohon redhakan jiwa ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui
segalanya. Aamiin... “.
Ogos, 24
Sudah
seminggu percubaan STPM berlangsung. Seminggu itu jugalah aku jarang
melihatnya. Mungkin kerana susunan kedudukan kami dalam dewan. Hanya doa yang
mampu ku kirimkan dalam diam. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, apa yang aku
rasa saat ini. Sesungguhnya aku hanya berserah padaNya. Semua ini urusan dia. Urusan
aku ? Pada STPM yang akan ku duduki. Aku menggeleng kecil. Menghalau pemikiran
yang mengkhayalkan ini.
Suara
dari ketua pengawas menandakan bahawa kami sudah boleh mula menjawab. Dengan lafaz
bismillah. Aku membuka lembaran soalan.
September, 19
Percubaan STPM telah tamat. Para guru sibuk menanda kertas kami. Jadi kami
mempunyai masa terluang. Ketua kelasku Akif, masuk menyampaikan pesan bahawa
guru Pengajian Am ku, Cikgu Qazreen tak akan masuk ke kelas kerana ada urusan
di luar. Kebanyakan rakanku bersorak tanda suka. Siapa yang tidak suka jika
guru tidak masuk ke kelas bukan ? Aku lihat dia. Diam tapi masih lagi mengukir
senyum. Berbual perlahan dengan Hazimah yang menggantikan Fatihin yang tidak
hadir. Entah kenapa aku asyik melihatnya hinggalah aku tersedar kerana Bob yang
jatuh dari kerusi. Cepat sahaja aku meraup muka beristighfar. Allah, mudah
sahaja aku termakan bisikan syaitan. Aku berlalu pergi ke tandas. Matanya,
memerhatikanku.
September, 20
Guru mulai mengedarkan kertas jawapan. Aku turut
berdebar menantikan keputusan kertas jawapanku. Hari itu, guru sejarahku
mengumumkan bahawa keputusanku dan dia adalah antara yang terbaik. Aku dengar
dia mengucap syukur pada penciptanya. Tangannya meraup perlahan wajahnya yang
putih mulus itu. Allah, tidak sesaat pun dia lupa padaMU Ya Allah. Dalam diam
aku hanyut dalam perbuatannya itu. Aku mengucapkan tahniah padanya. Dia tersenyum.
“
Semua ini pinjaman dari Allah buat saya. Alhamdulillah.”
Jawapan
yang membuatkan aku tersenyum. Allah. Beruntungnya sesiapa yang memiliki dia
ini Ya Allah. Andai dia bukan jodohku, pertemukanlah dia dengan insan yang
mencintainya keranaMU Ya Allah, yang tak akan berbuat jahat ke atasnya juga
tubuh badannya.
Oktober, 3
Kesemua
keputusan telah diumumkan. Alhamdulillah. Aku memperoleh pointer yang cukup
baik. Dia juga mendapat pointer yang cukup baik, menduduki tempat kedua
selepasku. Perlahan aku lihat dia berjalan ke tempat duduknya. Dia pusing
mengadapku,
“
Tahniah ye Adam, teruskan usaha membanggakan ibu ayah. insyaAllah. “ dia
senyum. Merah pipinya. Kenapa ?
“
Sama-sama. Tahniah juga buat awak Alya. insyaAllah. “ Dia tersenyum dan
mengangguk perlahan. Dia kembali ke kedudukan asalnya. Aku lihat Aidil. Dia tersenyum.
Apa maknanya ?
November, 3
STPM
sudah tiba. Hari ini, hari pertama peperiksaan STPM. Sebelum masuk ke dewan,
kami berkumpul di luar dewan, saling memberi kata semangat. Aku lihat dia,
mulutnya terkumat kamit. Berzikir barangkali untuk meredakan gelodak dadanya
kerana debar untuk masuk ke dewan. Allah. Damainya melihat dia kerana sering
mengingatkan aku padaMU Ya Allah.
Aidil
menepuk bahu menyuruh aku membaca doa. Aku senyum sambil menadah tangan. Doa ku
bacakan. Memohon agar dipermudahkan segala urusan untuk menjawan soalan. Seusai
doa, mereka mengaminkan doa yang dibaca olehku. Matanya tepat melihatku saat
tangan kujatuhkan dari mengaminkan doa. Dia
hanya tersenyum. Mungkin mahu memberikan semangat ? Aku membalas kembali
senyumannya. Arh ! Berangan kau ni Adam....
November, 28
Hari
terakhir peperiksaan. Dia tidak ada kertas pada hari itu. Minggu lepas lagi
kertasnya sudah habis. Aku tidak dapat mengucapkan selamat bercuti kepadanya. Aku
terus melangkah masuk ke dalam dewan. Aku tinggalkan soal perasaanku ini
diluar. Aku tidak mahu campur adukkan perasaan dalam peperiksaan.
Akhirnya,
peperiksaan berakhir. Kami saling melambai tangan mengucapkan selamat bercuti. Dia
tiada. Aku pulang ke rumah, dengan harapan akan berjumpa dengannya jika
ditakdirkan.
March, 11 , 2013
Aku lihat sudah ramai pelajar yang hadir untuk mengambil keputusan. Mataku
tercari-cari kelibat si dia. Aku tidak nampak. Allah. Hampanya rasa. Mungkin Allah
sudah rencanakan sesuatu. Mungkin ada hikmahnya aku tidak berjumpa dengannya.
Ibu menggenggam kuat tanganku. Mungkin dia fikir aku takut menunggu keputusan. Aku
melemparkan senyuman pada ibu. Damai wajah ibu saat itu. Allah. Mohon kau
jauhkan ibu ayahku dari azab kuburMU juga bahang api nerakaMU Ya Allah. Sesungguhnya
hebat pengorbanan mereka dalam mendidik dan membesarkanku.
Pandangan
ku larikan ke pentas. Guru sudah mahu mengumumkan pelajar cemerlang STPM.
Namaku dipanggil sebagai pelajar cemerlang. Alhamdulillah. Aku salam ibu
ayahku. Aku cium ibu ayahku. Besar sumbangan mereka dalam kejayaanku ini. Aku melangkah
syukur menaiki tangga untuk mengambil keputusanku. Seusai menerima anugerah
itu, aku turun duduk semula disebelah ibuku. Keputusan cemerlangku ku serahkan
pada ibu ayahku. Ada genangan air mata pada tubir mata mereka. Aku senyum
bahagia. Memang ini yang aku mahu hadiahkan buat mereka. Alhamdulillah.
Pandangan
ku larikan ke pentas bila aku dengar namanya diumumkan sebagai pelajar cemerlang
setelahku. Aku terdiam. Subhanallah. Dia hadir memakai purdah. Allah. Aku diam.
Aku diam memujuk degupan jantung ini. Kuatnya ia berdegup, risau juga jika
didengari oleh ibuku. Rindu....
Ogos, 26, 2013
Jadual
penerbanganku ke Mesir untuk menyambung pengajian. Aku salam ayah ibu. Aku cium
mereka. Aku minta restu mereka untuk belajar ke Mesir. Alhamdulillah. Semua ini
rezeki Allah...
Bunyi
azan membuatkan aku menutup buku lusuh itu. Semua itu kenangan lamaku. Kenangan
6 tahun lalu sejak dibangku sekolah. Tidak sesaat aku lupa akan doaku pada Yang
Esa agar aku dipertemukan dengannya. Lafaz yang tersimpan sejak 6 tahun lalu ku
biarkan tersimpan rapi dalam lubuk hatiku. Aku menyimpan kembali buku lusuh itu
ke dalam beg galasku. Esok aku akan pulang ke Malaysia. Tamat sudah pengajianku
di sini. Aku akan pulang untuk berbakti untuk tanah airku. Aku mula mengatur
langkah menuju ke masjid yang hanya beberapa langkah sahaja dari tempat duduk
ku itu.
“
Adam... “.
Aku terdiam. Langkah ku matikan. Suara itu. Aku berpaling. Berpaling menghadapnya. Subhanallah.
Dihadapan masjid ini KAU temukan aku dengannya Ya Allah. Terima kasih Ya
Allah... Allah dengar doaku.
Dia
berdiri menghadapku, suasana sepi saat kami berhadapan. Hanya bunyi azan sahaja
yang kedengaran..
“ Ya
Allah.. Sungguh aku mencintai hambaMU yang seorang ini Ya Allah. Sudah lama aku
simpan perasaan ini. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui setiap apa yang
berbisik dalam hati ini. Andai dia benar untukku, izinkan aku menjadi suaminya.
Izinkan aku untuk menjadi yang terbaik buatnya Ya Allah. Sungguh, cinta ini. Kasih
ini. Terukir keranaMU Ya Allah. Segala apa yang akan terjadi selepas ini Ya
Allah, aku redha. Aku serahkan semuanya kepadaMU. Sungguh, aku hanya mampu
merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dariMU Ya Allah... Terima kasih Ya Allah, untuk pertemuan ini....“