UJIAN ?

Assalamualaikum w.b.t 
Salam merdeka semua. 
*senyum*

UJIAN ? 
EXAM ? 
DUGAAN ?
Yang mana satu ? 
Mana-mana pon boleh rasanya .

Dipilih untuk menerima dugaan atau ujian hebat dari Allah itu merupakan satu tanda bahawa Allah cinta akan kita. 
Tanda Allah merindui kita .
Tanda Allah ingat dekat kita. 
Bukan ke kita patutnya tersenyum kerana itu ? 
Tapi sebaliknya kita menangis .
Kenapa ? 
Kerana dugaan itu tujuannya untuk kita kembali pada Allah. 
Meskipun sakit , meskipun terluka namun hikmahnya hebat. 
Allah maha tahu. 

Menangis. 
Ya ! Menangislah bila terima ujian dari Allah. 
Menangislah tapi pastikan kita menangis padanya. 
Menangis kerana lalai dalam hidup. 
Menangis kerana dosa yang dilakukan. 
Dan bukannya menangis sambil mempersoalkan takdir Allah. 
Berbeza ya setiap tangisan yang ditangiskan. 

Menerima ujian hebat dari Allah bagai satu tamparan halilintar. 
Tak mahu persoalkan cuma keliru.
Aku kuatkah hingga dipilih olehNya ?
Aku tabahkah ? 
Aku penyabarkah ?
Alhamdulillah. 
Dugaan itu satu peringatan buat diri ini. 
Alhamdulillah. 
Dugaan itu satu titik permulaan baru buat diri ini. 
Alhamdulillah. 
Atas rasa cinta dan kerinduan yang Allah kirimkan melalui dugaan itu. 
Alhamdulillah. 
Dugaan ini satu penguat rasa cinta padaNya. 
Alhamdulillah. 

Saat aku tertawa. 
Saat aku gembira. 
Saat aku berjenaka. 
Saat aku bahagia. 
Jangan sangka aku tidak menangis. 
Jangan sangka aku tidak terluka. 
Jangan sangka aku tidak kecewa. 
Jangan sangka aku tidak punya perasaan. 
Aku rasakan semua itu tapi sebuah senyuman mampu melegakan hati yang lain.
Satu senyuman mampu mematikan kerisauan yang lain. 
Satu senyuman mampu menenangkan keresahan yang lain. 
Satu senyuman juga mengajar aku erti berpura-pura. 
Satu senyuman juga mengajar aku erti tidak mengharapkan simpati. 
Satu senyuman itu mampu memberi beribu erti. 
Tapi
Bagi aku
Satu senyuman itu mampu menutup kedukaan yang aku lalui. 
Hebatnya satu senyuman yang Allah pinjamkan ini. 
Allahuakhbar. 

Aku juga manusia biasa. 
Aku juga terjatuh. 
Aku bangun. 
Aku bertatih. 
Dan adakalanya 
Aku tersungkur lebih hebat dari yang pertama. 
Aku perlukan sokongan. 
Aku perlukan kata-kata semangat. 
Aku perlukan tangan untuk memimpin.
Agar segala kesakitan itu dapat aku atasi. 
Aku manusia lemah. 

Kamu bisa melihat. 
Kamu bisa mendengar. 
Kamu bisa berkata-kata. 
Kamu bisa menghukum
tapi
Kamu tak bisa rasa apa yang aku rasakan.
Kamu tak bisa memahami apa yang aku fahami. 
Aku tak menghukum. 
Aku tak mengkritik. 
Cuma aku kecewa kerna
AKU MANUSIA BIASA YANG JUGA PUNYA KEKURANGAN SEPERTIMU .

" Ya Allah, hebatnya dugaanMU ini hanya kamu yang tahu apa hikmahnya. Bimbinglah hatiku. Tebalkanlah imanku. Hebatkanlah sabarku. Mohon Ya Allah agar aku sentiasa berada dalam lindunganMu. Mohon perlindungan dari bisikan syaitan yang mengelirukan saat hati ini gundah dan keliru. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang tidak hambaMu ini ketahui. Terima kasih atas rasa cinta yang engkau kirimkan melalui dugaanMu ini Ya Allah. Mohon bangunkan aku dari kejatuhan yang menyakitkan ini Ya Allah.... "

AAMIIN YA RABBAL ALAMIN~~