dewasa

Satu ketika dulu , aku pernah bergelar kanak2 . Berlari riang . Tak perlu berfikir apa kecuali makan , tidur dan bermain . Masa kecil dahulu , hati ini begitu terusik melihat orang dewasa bebas berbuat apa . Bagai mahu dipercepatkan masa itu berjalan . Kini , aku bergelar remaja . Bukan lagi berusia belasan tahun . Ya , aku kini boleh digelar sebagai orang dewasa . Aku tidak bangga bergelar dewasa . Mahu kuputarkan kembali masa itu ke zaman kanak2 ku . Sungguh aku tak bersyukur dengan ketentuan Illahi . Nauzubillah ....
Menjadi dewasa bermakna aku perlu menggunakan kudratku . Bermakna aku perlu menjadi matang . Bermakna aku bukan lagi kanak2 riang yang asyik dengan gula-gulanya . Aku perlu menjadi dewasa dari pelbagai aspek . Ya . Dewasa dari segi percakapan , pemakaian , pergaulan , pemikiran dan juga akhlakku . Makin aku dewasa makin berat TANGGUNGJAWAB yang terpikul dibahu ini . Ya , kini aku semakin dewasa .
Adakala , aku bagai bermimpi menjadi dewasa sepantas ini .Bagai baru semalam aku berlari riang , asyik dengan basikalku . Hilai tawaku memecah kesunyian petang . Bagai terjaga dari mimpi yang panjang . Aku tersentak dengan setiap perubahan yang berlaku . Aku bukan lagi kanak kanak . Aku HARUS menerima kenyataan itu . Kenyataan yang takkan pernah aku dapat nafikan .
Aku bukan mengeluh . Aku bukan menafikan kebenaran . Aku bukan menolak ketentuan Illahi . Aku cuma perlu menyedarkan diri . Ya ! Menyedarkan diri yang selama ini dikaburi dengan keletah keanak-anakan . Keletah yang tidak matang . Menjadi dewasa bukan satu bebanan tetapi satu anugerah . Anugerah buat kita bagi mengenali dunia Allah ini . Anugerah buat kita supaya dapat mengaut ilmu Allah yang ada . Anugerah yang menyedarkan kita tentang erti TANGGUNGJAWAB . Anugerah yang mengajar kita melepaskan sesuatu untuk dijadikan kenangan . Dan anugerah nyawa dari Allah buat kita .