PELANGI


Pelangi  
Cantik bukan ?
Di mana kita boleh mencarinya ?
Selepas hari hujan bukan ? 
Apa maknanya ? 

Pelangi 
Mengapa ia muncul sesudah hujan ?
Mengapa tidak sebelum hujan ?
Pelbagai persoalan kini bermain di minda bukan ? 
Itu semua kuasa ALLAH

Pelangi . warnanya pelbagai , ada hijau (warna kegemaran rasulullah ) , merah , kuning dan pelbagai lagi . Pernah tak terfikir kenape Allah cipta pelangi itu pelbagai warna ? Lihatlah kita makhluk Allah . pelbagai warna bukan ? Apa kaitannya dengan pelangi ?? Walau kita pelbagai warna kita masih boleh bersatu . UMMAH itu umpama pelangi . Tenang dan mendamaikan . Sesiapa yang melihat akan terukir senyuman dibibir . allahuakhbar . subhanallah . Indah sungguh . Aneh bukan kerana setiap ciptaan Allah itu selalu berkait kait . Hebat sungguh . 

Pelangi , hadirnya ia sesudah hujan . Mengapa tidak sebelum hujan ? Kerana Allah ingin buktikan bahawa ada bahagia sesudah kesedihan . Macam pelangi . Sebelum tu langit mendung . Gelap . Guruh sambar menyambar . Keadaan dingin je . Namun selepas semua tu ? Adanya pelangi Allah yang indah . Tersembunyi di balik awan hitam tadi . Lihat , ciptaan Allah itu sentiasa ada rahsianya tersendiri . Allahuakhbar . 

Pelangi , Aku mahu menjadi sepertimu . Hadir untuk membuat orang lain bahagia setelah awan hitam berlalu . Namun mampukah aku ? Insya allah . setiap ciptaan dan aturan Allah itu hebat belaka . Aku hanya perlu kuat . Iman dan taqwa perlu kekal di dada supaya aku tetap gagah melangkah . Insya allah , setiap awan hitam yang hadir dalam hidupku akan digantikan dengan pelangi itu . Insya allah .. 

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]