Taubat Sang Mujahir
Dia si gadis manis yang lincah . Di usia mudanya dia hanya mahu mengenal apa ertinya kehidupan . Apa ertinya kegembiraan . Dia mula tersasar dari tujuan sebenar kehidupan di dunia ini iaitu mencari redha illahi dan bekalan ke hari perhitungan . Semakin hari semakin dia gian mencari kegembiraan . Semakin dia taksub dengan kehidupannya sendiri . Pesanan ibu bapa agar tiang agama sentiasa dijaga diambil endah tak endah . Bahagiakah dia ?
Dia sudah mula bermain cinta . cinta manusia yang akan mati namun tidak cinta illahi , ianya kekal abadi . Dia mula berdua - duaan . Berpegangan tangan . Sedangkan dia sedar dia sengaja menempah neraka Allah kerana melanggar laranganNya . Bisikan syaitan semakin kuat . Imannya bergetar . Dia semakin hanyut , hanyut dengan kehidupan yang hanya sementara .
Macam macam perkara yang dia sudah lakukan . Banyak juga larangan Allah yang telah dilanggarnya . Tidak terhitung dosa yang tercatat dibahu kirinya . Dia tidak bahagia . Dia terkeliru dengan bahagia dunia tanpa di sedari semakin jauh dia menapak dari bahagia syurgawi . Air mata ibunya , tidak terkesan baginya . Allah , derhakakah dia ?
Satu persatu ujian yang Allah berikan padanya . Cinta manusia yang kononnya kekal bahagia hanya bertahan dipertengahan jalan sahaja . Dia ditinggal begitu sahaja . Luka hatinya kian parah . Dia menangis , terduduk , berteleku dia di situ . Menangis yang tiada guna . Dia sedar , bahagia itu hadir dengan izin Allah . Bagaimana dia mahu bahagia andai hari-harinya mengundang kemurkaan Allah ?
Tiang agama yang telah lama dibiarkan roboh , kini mahu dibinanya kembali . Terketar2 tangannya menadah air wudhu'nya . Betapa murahnya air mata dia bagai tiada harga . Tangan itu banyak melakukan dosa . Berpegangan sana sini . Kaki itu , banyak melangkah ke tempat2 yang lagha . Mata itu banyak melihat maksiat . Lidah dan mulut itu banyak berkata fitnah dan tidak menegur maksiat . Dia melihat dirinya terus kedalam cermin . Lengkap bertelekung . Allah , andai aku mati nanti , beginilah pakaianku . Serba putih . Hanya muka yang tinggal didedahkan . Bergetar suaranya mengangkat takbir . Ya , dia mula mendirikan tiang agamanya . Panjang doanya dalam sujud di rakaat terakhirnya .
Ya allah . Sesungguhnya aturanMu itu hebat laksana . Kau terus limpahkan nikmatMU pada hambaMu untuk melihat siapa yang terleka dan siapa yang tidak . Andai mereka terleka , Kau kirimkan ujian dan dugaanMu pada mereka sebagai tanda cuitanmu agar mereka kembali kepadaMu . Sesungguhnya , hanya Engkaulah tuhan yang satu & tiada lain yang akan ku sembah melainkanMU ya Allah ya tuhanku . Sesungguhnya pintu taubatMu tidak terhitung luasnya ya Allah . Begitu juga dengan pintu syurga dan nerakaMu ya Allah . Terimalah taubat kami hambaMu yang kian terlalai dengan urusan duniawi yang menjauhkan kami dari nikmat syurgaMU ....... ALLAHUAKHBAR