Barang Mahal
Assalamualaikum . Alhamdulillah , tetibe dapat idea nak tulis ape kat blog . Macam lama sangat je biarkan tersadai . So hari ni saye nak cakap pasal BARANG MAHAL . Ape tu barang mahal ?? Barang Mahal itu kaum HAWA . Kenape saye cakap kaum hawa tu barang mahal ? okeyh , teroskan membace .
Lets make it easier , bile sahabat2 semua g jenjalan kat mall . Kat Pavi ke , kat memane je lahh . Branded brand always shine the most kan ? Cube tengok barang mahal selalu dibungkus . Diletak dalam kotak . Siap beg plastik semua . Dijaga rapi sampai tak boleh disentuh . Tengok , begitu berharganya barang tersebut . Semua pandang mesti nak lah :) Cuba kita lihat kaum hawa pula , kita diwajibkan Allah untuk menutup aurat dari hujung rambut smpi hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangan . Wanita yang menutup auratnya dengan sempurna , dijaga akhlaknya , tidak disentuh oleh lelaki ajnabi .Wanita itu sangat mahal . Hanya boleh dilihat , bukan untuk disentuh apelagi nak men try test semua . Jadi kenape ramai yang memilih jadi murah ?
Allah dah beri kita cara untuk jadi mahal , tetapi kenape masih ramai yang pilih mahu jadi murah ? Ingat . Yang selalu dapat perhatian hanya barang murah . Soal aurat neyh bukan soal remeh sahabat . Akhlak dah cantik tapi aurat tak terjage , susah kita nanti . Cuba jadi mahal , orang nak pegang pon takut . Orang pandang tinggi . Barang murah ? bila dah lusuh dibuang sahaja . Jangan mudah menyerahkan segalanya wahai hawa . Tolong , jangan pernah ambil mudah soal Aurat , jadilah wanita yang mahal dan bukannya barang yang murah senang disentuh dan senang dibuang . TAKE NOTE HAWA .
sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]
Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

